cita cita
5 sebab kenapa perlu bercita-cita
1. Tumpuan - Dengan bercita-cita ia akan menjadi satu tumpuan atau fokus dalam mendapatkan sesuatu dlm kehidupan. Seperti sebuah perjalanan, tentunya kita punyai tujuan dan lokasi yang telah telah ditetapkan. Hidup tanpa arah seperti kapal layar hilang layar. Hilang arah dan tujuan.
2. Rancangan- Sudah mempunyai fokus dan objektif? tentunya kita akan dapat merangka pelan atau rancangan untuk mencapainya. Sememangnya merancang penting dalam mencapai sesuatu. Tanpa merancang sebenarnya kita merancang untuk gagal.Tanpa merancang kita tidak akan mengetahui apakah risiko yang akan dihadapi yang sememangnya bakal menjadi halangan kelak. Justeru, dalam mengejar cita-cita, sekaligus ianya mendidik dalam membuat satu rancangan atau pelan tindakan.
3. Kekuatan dan Kelemahan Diri - Dengan bercita-cita, kita akan mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri. Mengetahui kekuatan diri,adalah lebih mudah untuk mengekploitasikan kekuatan tersebut untuk mencapai sesuatu yang diinginkan. Pengetahuan tentang kelemahan diri, membolehkan kita untuk memperbaikinya setiap masa.
4. Sebuah kisah pengembaraan - Sering kita bangga dengan kisah-kisah pengembaraan kita. Memanjat gunung,terjun tebing dan menang sesuatu pertandingan. Namun, dalam mencapai cita-cita, itu juga salah sebuah pengembaraan yang penuh dengan liku dan cabaran. Bukan hanya sengaja untuk menceritakan, namun jadikan ia satu pengajaran yang berguna untuk masa depan kelak. Pengalaman berguna untuk diri sendiri sekaligus untuk orang lain.
5. Peransang - Hidup perlukan ransangan. Dalam apa pun keadaan juga untuk masa hadapan. Dengan tergengam cita-cita dalam tangan, ia akan menjadi sebuah peransang dan motivasi untuk mencapainya. Kita akan mencuba sekuatnya untuk memperoleh apa yang dimahukan bukan? Maka ianya akan mendatangkan satu momentum yang kuat dalam diri untuk terus berusaha dan berusaha.Saya sendiri mungkin ada juga, pernah berhadapan dengan mereka yang tidak mengetahui apa cita-cita mereka. Mungkin seorang pelajar lepasan SPM, mungkin pelajar universiti dan mungkin juga graduan. Agak menyedihkan, tapi percayalah masih belum terlambat kerana selagi ada masa, selagi itu perjuangan boleh diteruskan.
No comments:
Post a Comment